Thursday, August 2, 2007

Isnin, 23 Julai 2007, 19:40

Satu sejarah tercipta dalam hidup tuan punya blog ini. Huhu...aku telah membuat rekod dengan menaiki skuter tanpa memakai helmet di kawasan kampus. Sepanjang 3 tahun duk UPM ni, xpenah2 lagi buat keje jahat camtu. Hehe..Dah la xpakai helmet, lalu plak ikut jalan short-cut yang telah diharamkan laluannya. Sedaya upaya kitorang usaha ’mengecilkan’ skuter supaya dapat melepasi ruang antara palang yang ada. .>< 12 inci jarak tu. Oleh kerana hari dah lewat dan Maghrib pun dah suntuk, aku dengan driver skuter tersebut, Rempit Girl (bukan nama sebenar) nekad utk teruskan je perjalanan yang penuh mencabar itu...(smiley)..Sampai kt simpang berhampiran Fifth Colloge, ternampak kelibat pak cik keselamatan yang glamor dengan jaket hijaunya dengan moto besarnya. Tetapi nasib baik pak cik tu menuju ke arah lain..SELAMAAATT.... perjalanan diteruskan sampai laa tiba ke destinasi...

No comments: