Monday, August 20, 2007

Definisi ICT

Maklumat pada asasnya bermaksud data yang mana dengan kehadiran proses pembelajaran menjadikannya pengetahuan. Dengan kata lain proses pembelajaran itu sendiri adalah proses mendapatkan, menggunakan dan menjadikan maklumat itu pengetahuan. Kompetensi ‘Celik Maklumat’, kesedaran kepada keperluan kepada maklumat, keupayaan menganalisa maklumat dan menilai kegunaannya, dan berupaya menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengetahuan adalah penting bagi membolehkan proses di atas dilaksanakan.

Komunikasi adalah perbuatan berhubungan antara manusia dan budaya, tapi telah melalui dimensi baru setelah dirangkaikan dengan terma ‘maklumat’ dan ‘teknologi’.

Teknologi pula bukanlah terhad kepada internet, rangkaian, CD-ROM, video, TV dan segala yang nampak bersifat teknikal tetapi terma ‘teknologi maklumat’ yang merangkumi penggunaan internet dan rangkaian komunikasi. Bagi dunia pendidikan ‘teknologi maklumat’ boleh dibahagikan kepada dua iaitu;
1. Teknologi komputer seperti modul kursus berasaskan komputer, penilaian berkomputer, perisian pemprosesan kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data dan persembahan;
2. Perisian telekomunikasi yang menawarkan pendidikan jarak jauh, penyebaran sumber dalam pendidikan, e-mel, konferen video, papan buletin dan chatting.